#KOLEKSI RESIPI~Biskut Angry Bird

Bahan-bahan

130gm mentega (saya guna brand Farm Cow)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
120gm tepung gandum
30gm tepung kanji
50gm tepung beras
1 sudu teh pes strawberi
Biji bijan hitam (secukupnya)
Pewarna coklat dan toothpicks
Gula-gula hiasan bentuk hati (secukupnya)

Cara-cara

1. Tepung gandum, tepung kanji dan tepung beras pulut diayak bersama.
2. Gaul mentega, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan masukkan tepung tadi. Uli hingga menjadi doh.
3. Asingkan 30gm dari doh tadi dan biarkan dengan warna asal. Doh selebihnya di tambahkan dengan pes strawberi dan uli hingga sebati
4. Ambil sesudu teh rata doh berwarna (saya gunakan sudu sukatan cecair khas), bentukkan kepada segitiga..
5. Bakar biskut dengan kepanasan 120°C selama 20-25 minit. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Credit:resipibiskut.blogspot.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: