#KOLEKSI RESIPI~Biskut Coco Crunch Cookies

Bahan-bahan:

250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm chocolate chips halus

Hiasan : Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate chips. Gaul rata, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat dan tekan atasnya dengan coco crunch.
5. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dihias dengan coklat masakan cair jika suka.

Credit:resipibiskut.blogspot.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: