#KOLEKSI RESIPI~Tart Nenas Gulung (Gebu)

Bahan-bahan ( 150 Biji )

100 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
20 gm tepung Kastard
150 gm buttercup/planta
2 biji kuning telur
Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla

Bahan untuk Intinya:
Sebiji nenas
gula secukupnya
Pewarna kuning

*Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1.Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.

2.*Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut.

3.Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.

4.Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C.

5.*Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair

Source

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: