#PROMOSI~Beraya bersama koleksi Upin Ipin

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KMM) Datuk Seri Shabery Cheek menyaksikan Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi menyampaikan sumbangan baju Melayu Upin Ipin kepada kepada Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad di Putrajaya hari ini. Sebanyak 500 set helai baju melayu lengkap bersamping dengan motif watak itu termasuk pada butang dan poket akan diagihkan kepada kanak-kanak terpilih sempena hari raya Adilfitri. Turut hadir Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari.- Foto Bernama

KANAK-KANAK lelaki berusia setahun hingga 13 tahun berpeluang menggayakan set baju Melayu bertemakan siri animasi terkenal Malaysia, Upin dan Ipin sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Baju Melayu tersebut mempunyai logo Upin dan Ipin di kocek hadapan, dilengkapi dengan butang baju Melayu bermotifkan watak Upin dan Ipin serta sampin yang bercorakkan siri animasi berkenaan.

Baju Melayu terbaharu berkenaan adalah hasil kerjasama penerbit siri animasi Upin dan Ipin, Les' Copaque Production Sdn Bhd bersama gedung tekstil dan pakaian, Jakel Trading Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi menyerahkan 500 pasang baju Melayu Upin dan Ipin kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Syarifah Zarah Syed Ahmad dengan disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian baju Melayu tersebut Ahmad Shabery berkata, baju Melayu berkenaan akan diagih-agihkan kepada 500 kanak-kanak yang terpilih.

"Upin dan Ipin merupakan harta intelek tempatan yang membanggakan negara dan kini mengembangkan sayapnya dalam penghasilan pelbagai barang niaga dengan yang terbaharu baju Melayu sempena Hari Raya.

"Ketika saya di Indonesia, warga Indonesia pernah memberitahu saya Upin dan Ipin merupakan satu siri animasi yang luar biasa dengan nilai pendidikan yang baik seperi menghormati ibu bapa dan jiran tetangga," katanya lagi. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: