#RAMADAN~'Kejar pahala bukan tambah dosa'

Ahmad Hanif Naim

JOHOR BAHRU – "Jadikan laman sosial medium mengejar pahala bukan untuk menambah dosa..." antara bait nasihat Kadi Besar Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif Naim berikutan tindakan segelintir individu yang gemar memuat naik status dan gambar sedang melakukan amal bersempena bulan penuh Ramadan.

Beliau berkata, jika perbuatan memuat naik status dan gambar tersebut dengan niat berdakwah selain menyeru individu lain untuk melakukan amalan kebaikan bersama-sama adalah digalakkan.

Namun tegasnya, sekiranya status dan gambar tersebut tidak disertakan kata-kata galakkan atau seruan berbuat baik dikhuatiri akan disalahtafsirkan niat dengan berbangga diri atau riak.

“Adalah sukar untuk kita mengetahui niat seseorang itu, kerana ia antara dirinya dengan ALLAH, namun jika dilakukan dengan tujuan berdakwah, tidak ada masalah iaitu dengan mengajak orang lain bersama-sama bertarawih, buat benda yang baik, perkara kebaikan.

“Laman sosial ini juga boleh digunakan sebagai platform berdakwah, dengan seruaan untuk melakukan kebaikan, namun sekiranya memuat naik gambar makanan dan status tidak berfaedah ia adalah tidak digalakkan,” katanya.

Ahmad Hanif berkata, apa yang paling utama ialah sebarang tindakan tersebut dilakukan kerana Allah yang disarankan amalan yang dilakukan secara istiqamah yakni berterusan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: