#SENSASI~Gambar Lamborghini terbakar jadi viral

BEBERAPA keping gambar sebuah kereta mewah, Lamborghini yang bernilai 4 juta yuan (RM2.4 juta) hampir rentung sepenuhnya akibat melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh lori di sebuah lebuh raya menjadi viral.

Memetik laporan sebuah portal antarabangsa, kejadian tersebut berlaku di Guangdong di China kira-kira jam 10 malam baru-baru ini.

Pemandu kereta mewah itu turut dilaporkan terkorban kerana terperangkap di dalam kereta sewaktu api mula merebak dan terbakar dengan pantas.

Pemandu kenderaan terbabit difahamkan tidak mempunyai lesen memandu.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian berkata, kereta tersebut dipandu lebih dari 160 km/j.

“Sebaik sahaja pelanggaran berlaku, beberapa letupan berlaku dan api mula menyala secara tiba-tiba. Dalam masa beberapa minit, kereta tersebut terbakar sehingga hangus.

Kemalangan tersebut mengundang komen dan kritikan dalam kalangan netizen.

Kebanyakan dari pengguna laman sosial berpendapat, mangsa kemalangan tersebut merupakan anak salah seorang pegawai kerajaan di negara tersebut.

Sebelum ini, sebuah kemalangan melibatkan kenderaan mewah dilaporkan berlaku di negara tersebut pada Mei lalu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: