#SENSASI~Pemegang Polisi Kesal Tuntutan Insurans Ditolak

Mohd Azlan menunjukkan salinan laporan

JOHOR BAHRU – Seorang bapa dari Taman Putri Kulai, dekat sini terkilan apabila syarikat insurans terkemuka yang dicarum untuk anak sulungnya sejak lima tahun lalu enggan membiayai kos pembedahan rawatan hernia untuk anak lelakinya itu.

Mohd Azlan Mohd Tab, 33 berkata, pihaknya merasa teraniaya dengan syarikat insurans berkenaan yang sebelum ini menjanjikan perkhidmatan perlindungan berterusan, namun permohonan membiayai kos rawatan anaknya ditolak.

Mohd Azlan berkata, dia mula mencarum insurans berkenaan menerusi pelan berkelompok untuk keluarganya bermula Mei 2010 dengan bayaran RM100 sebulan sebagai langkah perlindungan awal.

“Pada Mei lalu, saya telah membawa anak saya berusia lima tahun ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan hernia buat pertama kali.

“Doktor di klinik berkenaan mencadangkan agar kes anak saya dirujuk ke hospital pakar swasta bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik.

“Tetapi pihak hospital memaklumkan kepada saya bahawa pihak insurans enggan meluluskan tuntutan pembedahan dan rawatan anak saya dengan alasan penyakit berkenaan dihidapi sejak lahir,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia terkilan dengan penjelasan yang diberikan pihak insurans sedangkan penyakit yang dialami anaknya dikesan bermula pada umur tiga tahun bukan sejak lahir sebagaimana didakwa.

“Anak lelaki saya tidak mengalami hernia sejak lahir, tetapi tanda mula kelihatan ketika umur tiga tahun dan doktor menasihatkan agar rawatan diberikan ketika umurnya enam tahun.

“Saya telah mengemukakan tuntutan semula kepada insurans namun masih tidak diluluskan. Saya amat kesal kerana pihak insurans tidak melakukan siasatan lanjut terhadap kes ini dan mengabaikan kebajikan pelanggan yang mengalami masalah,” katanya.

Katanya, dia terpaksa menangguhkan prosedur pembedahan anaknya yang sepatutnya dijalani pada pertengahan bulan ini, bagi mengumpul kos rawatan yang diperlukan.

Sehubungan itu, Mohd Azlan berkata, pihaknya turut membuat laporan polis bagi menuntut semula wang carumannya bersama syarikat insurans berkenaan selain turut merancang mengetengahkan perkara itu kepada Tuntutan Tribunal Pengguna.[SH]

p/s:Inilah punca masyarakat kita fobia dengan pemgambilan polisi insurans...tolongggglah


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: