#SENSASI~Pengasas bersama Facebook kahwin bulan depan

Eduardo Saverin dan Elaine Andriejanssen

PENGASAS bersama Facebook, Eduardo Saverin, 31, akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita warga Singapura, Elaine Andriejanssen di Perancis bulan depan.

Perkara itu telah disahkan oleh rakan pasangan itu dan memberitahu parti pertunangan mereka telah diadakan bulan lepas di Bali Indonesia yang turut dihiburkan oleh penyanyi, John Legend.

Status perhubungan Eduardo di laman sosial Facebooknya menunjukkan, pasangan tersebut telah bertunang pada 27 Mac 2014.

"Dia setuju!! dan saya bertunang dengan orang yang paling disayangi dalam hidup. Teruja untuk menempuh kehidupan yang penuh mencabar, kebahagiaan dan kesihatan," tulisnya pada 28 Mac 2014 di laman Facebooknya.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan, Page Six melaporkan Eduardo akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Singapura, Rachel Kum dan turut dikhabarkan akan melabur dalam peniagaan kosmetik milik wanita itu, Rachel K Cosmetics.

Bagaimanapun, berita itu dinafikan oleh jurucakap Eduardo sambil menambah maklumat terperinci mengenai perkahwinan Eduardo dan Elaine tidak dapat didedahkan kepada umum.

Eduardo yang telah tinggal di Singapura sejak 2009, melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2011.

Beliau adalah salah satu daripada lima pengasas Facebook bersama-sama dengan Mark Zuckerberg, dan merupakan pelabur dalam beberapa syarikat permulaan termasuk talian portal carian hartanah, 99.co dan e-kedai runcit, Redmart.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: