#BREAKING NEWS~MH370 dijumpai di Pulau Reunion,Lautan Hindi?

Polis mengusung serpihan yang dipercayai milik pesawat MH370 - Foto AFP

SERPIHAN sayap pesawat dipercayai bangkai pesawat Penerbangan Malaysia MH370 ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Lautan Hindi.

Pakar Penerbangan Perancis, Xavier Tytelman berkata, dia percaya mungkin telah menjumpai bangkai MH370 yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014 menerusi gambar yang diberikan penduduk tempatan.

Beliau merupakan bekas juruterbang tentera dan berkhidmat sebagai pakar dalam keselamatan penerbangan berkata, dia diberikan ratusan gambar untuk lakukan kajian membawa kepada kemungkinan pesawat yang hilang itu.

"Saya melakukan kajian terhadap ratusan gambar yang diberikan dan memberitahu pasukannya.

"Kami percaya ia sama dengan sayap pesawat Boeing 777, sama seperti MH370," katanya yang dipetik The Telegraph hari ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: