#HASHTAG~Najib Letak Jawatan PM

Rata-rata pengguna media sosial telah menyerang akaun Facebook rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak dengan # hashtag Najib Letak Jawatan PM.

Ini adalah gara-gara keputusan mengejut oleh YAB PM beberapa hari lalu dengan menggugurkan TPM dari kabinet, merehatkan peguam negara dari bertugas dan beberapa keputusan yang rakyat berpendapat ianya tidak boleh diterima.

Jika anda pergi sahaja ke FB YAB Perdana Menteri setiap posting di FB tersebut pasti ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen panjang berjela tetapi dengan satu ayat yang sama iaitu Najib Letak Jawatan PM.Nampak gaya rakyat tidak segan silu untuk membuat komen sebegitu rupa.

Apa rasional nya mereka menyerang YAB PM dengan komen sebegitu hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Bukan apa sebab admin rasa YAB Perdana atau admin page tersebut tidak baca pun komen tersebut. Admin rasa ya bukan admin cakap memang mereka tidak baca.

Jadi kepada semua harap bersabar. Pasti kebenaran akan timbul jua. Siapa benar siapa salah akan terungkai sedikit masa lagi. Jangan lupa untuk terus mendoakan kesejahteraan negara kita. Kesian pada PM kena serang dengan hashtag Najib Letak Jawatan PM.


Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: