#KANTOI~Google Street View bongkar rahsia suami

Rahsia Ryding yang masih merokok walaupun bersumpah sudah berhenti daripada tabiat itu terbongkar apabila isterinya melihat dia merokok dalam Google Street View. FOTO ihsan Liverpool Echo

Merseyside (England): Seorang lelaki yang bersumpah kepada isterinya sudah berhenti merokok, ‘kantoi’ apabila gambarnya merokok dirakam di Google Street View dan dilihat isterinya.

Donny Ryding, dari Leasowe, di sini, diberi amaran oleh doktor supaya berhenti merokok dan mengelak makan makanan tidak berkhasiat selepas diserang sakit jantung.

Bagaimanapun, pemandu teksi itu masih merokok secara sembunyi-sembunyi bagi mengelak diketahui isterinya yang dikenali sebagai Julie.

Menurut Julie, dia mula curiga betapa suaminya tidak mengikut nasihat doktor ketika mengemas kereta suaminya.

Katanya, di dalam kereta itu terdapat banyak biskut yang sepatutnya tidak dimakan.

“Saya bertanya mengenai biskut itu, tetapi dia (suami) tidak mengaku memakannya. Dia terus keluar rumah dan tidak lama kemudian saya mendengar krew Google Street View ada merakam gambar di sekitar kawasan rumah.

“Selepas melihat Google Street View, ada gambar suami merokok dan ia tidak boleh dinafikan lagi,” katanya.

Menurutnya, ketika mula disiarkan, gambar suaminya tidak dikaburkan.

“Tak perlu kaburkan, lagipun wajah suami ditutupi dengan asap rokok.

“Setiap kali keluarga berkumpul ia akan menjadi bahan jenaka dan kami ketawa beramai-ramai.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: