#KOLEKSI RESIPI~Kuih Seri Ayu

Bahan A:

-1 biji kelapa parut putih
-sedikit garam
-1 sudu besar tepung sagu/ubi

Bahan B:
-3 cawan tepung gandum(ayak)
-1 sudu besar ovellette
-2 cawan gula pasir
-4 biji telur gred A
-2 cawan santan pekat
-sedikit pewarna hijau & perisa pandan
-ataupun boleh gunakan air daun pandan dan dibancuh dgn santan kotak

Cara membuatnya:

1.Gaulkan kesemua bahan A (kelapa+garam+tepung sagu)- ketepikan
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.Gunakan kelajuan tinggi.Masukkan ovellette, pewarna hijau, perisa pandan dan tepung gandum.Gaul guna senduk.
3.Masukkan santan pekat dan gaul hingga sebati. Panaskan pengukus.
4.Susun acuan dlm pengukus.Sapu acuan dgn majerin/minyak (supaya tak melekat)
Isi acuan dengan kelapa putih (jgn terlalu sedikit).Tekan padat menggunakan hujung jari.(kukus 2 minit)
5. Isikan adunan kuih.Kukus lagi selama 10 minit.
6. Apabila masak...keluarkan dari acuan.Sudah siap untuk dimakan

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: