#PELIK TAPI BENAR~Pembersih vakum termahal didunia

SEBUAH perkakas istimewa telah dihasilkan bagi mereka yang gemar mengumpulkan koleksi mewah.

Menurut The Mirror, set pembersih vakum seberat 7.5 kilogram dengan saduran emas 24 karat berharga 800,000 pound (RM4.7 bilion) itu telah diiklankan secara meluas dan disifatkan sebagai perkakas rumah termahal.

Bagaimanapun, produk edisi terhad tersebut hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit dan dijual secara dalam talian oleh Firebox.com.

Setiap unit turut mempunyai nombor siri rasmi dan dilengkapi muncung pembersih lebih besar selebar 36 sentimeter serta berus beroda untuk memudahkan kerja pembersihan habuk.

Ia adalah sebuah alat berprestasi tinggi yang melakukan pembersihan secara terapeutik.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: