#Sehatisejiwa - Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2015

#Sehatisejiwa merupakan hashtag untuk tema sambutan Kemerdekaan bagi tahun 2015, rasanya semua sudah pun tahu mengenai tema dan logo untuk tahun ini.

Sebagai makluman, mulai tahun ini sambutan hari kemerdekaan tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya disebut mengikut tahun seperti tahun ini Hari Kemerdekaan 2015 bertemakan Malaysia Sehati Sejiwa.

Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2015

Jika anda lihat pada logo kemerdekaan ini, ia direka dalam bentuk hati.. di dalamnya terdiri daripada peta Tanah Melayu dan juga Sabah Sarawak. Ditengah antara peta itu dilukis pula bentuk bulan dan bintang sepertimana dalam bendera Malaysia.

#SehatiSejiwa melambangkan kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusia bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana mereka berada. Semangat perpaduan itu sentiasa wujud dalam diri mereka.

Pemilihan tema dan logo kemerdekaan 2015 ini, diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: