#SENSASI~Blogger Popular Bermulut Longkang?

Ramai orang mahu menjadi popular kerana populariti itu adalah kuasa. Bermacam perkara yang kita boleh lakukan dengan menggunakan populariti antaranya untuk mendapatkan wang. Perkara yang sama juga terjadi kepada ramai blogger. Ramai juga blogger yang mahu meraih populariti untuk tujuan tujuan tertentu. Oleh sebab itulah, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menghasilkan entri yang terbaik supaya banyak traffik dapat masuk ke dalam blog mereka seterusnya mereka berupaya meraih populariti yang mereka idamkan.

Oleh kerana mereka terlalu obses dengan populariti, mereka akan melakukan apa sahaja cara supaya mereka dapat menghasilkan entri entri yang ‘meletup’ bagi menarik traffik walaupun entri yang mereka hasilkan itu melanggar etika dan moraliti. Semua itu dilakukan supaya mereka cepat popular dan blog mereka juga akan menjadi terkenal.

Saya menulis entri ini bukan untuk bertempur dengan mana mana blogger popular di negara ini. Saya hanya mahu memberi teguran dan kesedaran kepada semua blogger (termasuk diri saya sendiri) sama ada yang popular ataupun tidak yang tidak popular supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Saya tidak sangka ada blogger popular yang berhati longkang (busuk hati) kerana jika dibaca entri entri yang dihasilkannya dan pendapat blogger blogger lain mengenainya, anda sendiri tidak akan menyangka yang blogger itu sanggup bersikap seperti itu semata mata untuk mempertahankan populariti dan memenangi satu pertandingan yang dianjurkan.


Saya tidak mahu menyebut nama blogger itu di dalam entri ini memandangkan saya sendiri pun masih samar samar mengenai identiti blogger tersebut. Mungkin anda tidak faham apa yang cuba saya sampaikan maka saya harap anda baca entri ini sehingga tamat untuk memahami apa yang cuba saya maksudkan.

Tidak lama dahulu saya ada menyertai satu kumpulan whatsapp yang ditubuhkan oleh seorang blogger yang boleh tahan juga tahap popularitinya. Di dalam kumpulan whatsapp itu ada ramai juga ahli yang terdiri beberapa orang blogger popular dan selebihnya ada blogger blogger biasa seperti saya serta tidak kurang juga ada beberapa orang blogger blogger baru.

Di dalam kumpulan whatsapp itu, kami berbincang tentang pelbagai perkara namun tumpuan kami tetap kapada dunia blog. Suatu hari seorang blogger popular dalam kumpulan whatsapp itu telah menyertai satu pertandingan yang berkaitan dengan populariti sesebuah blog yang dianjurkan oleh satu organisasi yang berkaitan dengan media dan blogging.

Tanpa disangka sangka, secara tiba tiba dia meluahkan rasa kecewanya kepada kami yang berada di dalam kumpulan whatsapp tersebut kerana ada seorang blogger popular lain yang menyertai pertandingan yang sama telah memburuk-burukkan dirinya di dalam blog milik blogger popular terbabit. Mungkin blogger popular itu cemburu dengannya kerana dia pernah memenangi pertandingan yang sama pada tahun sebelumnya dan bertanding lagi pada tahun itu.

Saya ada bertanya kepadanya siapakah blogger popular yang dia maksudkan dan saya ada menyenaraikan beberapa nama blogger popular untuk meminta kepastian namun dia tidak mahu memberitahu tetapi dia mengaku bahawa blogger popular itu ada di dalam senarai yang saya tulis di dalam kumpulan whatsapp itu.

Saya agak terkejut dengan pengakuannya kerana di dalam senarai yang saya tulis itu, kesemuanya blogger yang terkenal dan mereka mempunyai rekod yang baik. Ramai blogger kenal baik dengan mereka dan di dalam setiap entri mereka menggambarkan keluhuran hati yang dipunyai oleh mereka.

Sebab itulah sehingga kini saya masih tidak percaya bahawa salah seorang dari senarai blogger popular yang saya sebutkan dalam kumpulan whatsapp itu berhati longkang dan sanggup melakukan perbuatan yang semacam itu kepada blogger lain. Pada hemat saya, dia tidak perlu pun melakukan seperti itu kerana blognya sudah dikenali ramai, pageviewnya sudah meninggi, pengunjung blognya bertambah dari hari ke hari dan dia sendiri mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan hasil daripada menulis blog sahaja.

Saya sama sekali tidak menyangka bahawa ada juga blogger popular di negara ini berhati longkang, tidak suka melihat orang lain melebihi dirinya dan mempunyai perasaan hasad dengki dalam sanubarinya. Dengan terbongkarnya perkara ini, pandangan saya terhadap blogger popular sudah mula berubah. Jika seorang blogger popular pun mahu dicantas olehnya, bagaimana pula dengan blogger lain yang mula mahu merangkak rangkak menjadi popular? Mungkin akan dikuburkan terus oleh blogger tersebut.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar semua blogger di Malaysia ini dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama blogger. Jangan sesekali membuat tindak tanduk yang boleh mencacatkan hubungan kita sesama blogger di negara ini. Kita adalah blogger yang membentuk satu komuniti dan perlu membantu antara satu sama lain untuk kemajuan bersama dan bukannya cantas mencantas sesama kita.

Cerita oleh:Sastera Dan Melayu

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: