#SENSASI~Lelaki bergambar bogel di Gunung Irau

Foto yang tersebar di laman sosial

SHAH ALAM - Sekeping foto yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai berbogel di Gunung Irau, Cameron Highland tersebar dan mengudang kecaman di laman sosial.

Foto tersebut memaparkan seorang lelaki berkaca mata bergambar dengan berlatarbelakang Jalur Gemilang dan papan tanda yang tertulis 'Welcome to Gunung Irau 2110 m.a.p.l dan Brinchang 2.35KM'.

Lelaki itu juga dilihat menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda dengan tulisan Gunung Irau.

Bagaimanapun kewarganegaraan lelaki terbabit tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pendaki pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebaik berjaya tiba di puncak pada pagi 30 Mei lepas.

Insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: