#SENSASI~Tun M cabar Najib tunjuk akaun bank

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar untuk mendedahkan butiran akaun bank bagi membuktikan tiada dana sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun miliknya.

Cabaran itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi temu bual bersama media antarabangsa BBC UK yang disiarkan semalam.

Dr Mahathir berkata, dengan mendedahkan akaun milik peribadi, perdana menteri boleh membersihkan namanya daripada skandal yang melibatkan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, sebelum ini Najib menyangkal semua tuduhan yang dibuat terhadap beliau dan mendakwa semua tuduhan itu adalah satu komplot yang dirancang untuk menjatuhkan kredibiliti sebagai perdana menteri.

“Beliau (Najib) kata itu satu komplot, dan mengarut serta tidak benar. Buktikan bahawa perkara itu tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.

“Beliau mempunyai akaun-akaun bank. Apa yang beliau perlu buat ialah berkata: ‘Anda periksa akaun saya, anda lihatlah,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak pernah bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan Najib.

Melalui temu bual itu juga Dr Mahathir turut mengulangi persoalan yang dibangkitkan beliau sebelum ini berhubung di mana dana RM42 bilion milik 1MDB.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: