#SENSASI~Wanita Dakwa Dirogol Polis, Pegawai JPAM, Anggota Rela

KOTA KINABALU: Seorang konstabel polis, seorang pegawai di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan seorang anggota Rela ditahan di bandar Sandakan selepas seorang wanita mendakwa dirogol oleh ketiga-tiga individu terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 37 tahun itu ditahan pada Khamis.

Katanya, wanita berusia 21 tahun itu membuat laporan polis mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Sandakan.

Wanita tersebut mendakwa, dua hari lalu, tiga lelaki menahannya kerana dia gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.

Salehudin berkata, dalam laporan tersebut wanita tersebut mendakwa ketiga-tiga lelaki itu membawanya ke sebuah hotel dan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka.

Jelasnya, polis masih melakukan siasatan mengenai dakwaan itu.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: