#UKHWAH BERSEMI~Laman sosial satukan lima generasi Che Debok

Keturunan generasi arwah Tuan Haji Awang Besar (Che Debok) berkongsi cerita mengimbas kenangan dulu.

BAGAN SERAI - Laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp menjadi penghubung kepada keluarga arwah Tuan Haji Awang Besar atau dikenali sebagai Che Debok dari Kampung Padang Ladang, dekat sini yang berjaya mengumpulkan lima generasi keturunan itu.

Pengarah program, Muhamad Afzan Amir berkata, pertemuan itu berjaya dilaksanakan dengan hanya melalui perbincangan di Facebook dan WhatsApp.

Menurutnya, hari raya tahun ini memberi makna buat generasi Awang Besar yang dapat mengumpulkan lima generasi.

"Kami gembira apabila dapat bersua muka dengan sanak-saudara yang sebelum ini jarang berjumpa, malah ada yang tidak saling mengenali.

“Kemudahan teknologi hari ini memang diakui amat berguna jika digunakan untuk tujuan positif. Dengan adanya kemudahan seperti ini, kami tidak mungkin terpisah malah mampu menyambung silaturahim dengan lebih erat,” katanya, semalam.

Muhamad Afzan berkata, pertemuan julung kali diadakan itu dapat berkumpul lebih 300 generasi Awang Besar memberi makna bagi generasi muda dan hubungan berkenaan akan diteruskan untuk generasi seterusnya mengenali satu sama lain.

“Jika dahulu, ada keluarga yang terpisah dan tidak mendapat khabar berita, tetapi hari ini mereka dapat dipertemukan semula,” katanya.

Acara pertemuan seperti itu akan diadakan menjadi majlis tahunan agar hubungan tersebut tidak terikat pada pertemuan terbabit sahaja.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: