#ALHAMDULILLAH~SPRM sahkan dana RM2.6 bilion ke akaun Najib sumbangan penderma

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak(gambar) adalah sumbangan penderma.

SPRM menerusi kenyataan medianya berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

"Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan,"katanya.

SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.

"Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

"Tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan," katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: