#DERMA RM2.6B~Pengarang Mingguan Malaysia cabar ‘Panglima UMNO’ berdebat

PETALING JAYA: Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussien dengan berani mencabar dua pemimpin UMNO yang dianggap sebagai ‘Panglima UMNO’ untuk berdebat dengannya.

Panglima UMNO yang dimaksudkan Ku Seman ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Menerusi blognya, kayangdailypost.blogspot.com, Ku Hussein menyatakan debat tersebut perlu diadakan bertujuan bagi memperjelas kepada rakyat mengenai isu fundamental berkaitan derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut ku Seman, Mohd Salleh dan Puad telah menjawab di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin dengan mengaitkan tulisannya yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada Ahad berhubung status wang RM2.6 bilion yang dianggap bukan kepunyaan UMNO.

Kedua-dua individu tersebut telah memperlekeh tulisannya seolah-olah dia mempertikaikan status derma yang diterima oleh Najib.

Ku Seman turut mendakwa Salleh Said dan Puad cuba memutar belitkan tulisannya dengan menuduh derma itu sebagai rasuah.

“Mereka ini kaki spin (putar), sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja.

“Cuba cari dalam tulisan saya adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah?

Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi,” tulis Ku Seman.

Beliau menambah, kedua individu tersebut seharusnya menjawab beberapa pertanyaannya tentang soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled berhubung perkara berkenaan dan bukannya memutar belitkan persoalan yang dibangkitkan olehnya.

“Saya mencabar sama ada Salleh (Menteri RTM) atau Puad supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan UMNO ini.

“Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib.

Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad,” ujarnya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: