#INFO SIHAT~Kes Hepatitis B, C meningkat - Timb.Menteri

Dr Hilmi Yahaya

ALOR SETAR - Kes virus Hepatitis B dan C, yang paling berbahaya dan menjadi pembunuh senyap manusia, mencatatkan peningkatan di Malaysia pada tahun lepas berbanding 2013.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata Hepatitis B meningkat daripada 11.51 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2013 kepada 12.94 kes pada 2014.

Hepatitis C pula bertambah daripada 6.77 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2013 kepada 7.3 kes pada 2014, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia 2015 di sini, hari ini.

"Peningkatan itu mungkin kerana kurangnya kesedaran orang ramai menjalankan saringan selain pengamal perubatan tidak melaporkan kes kepada pihak berkuasa," kata beliau.

Menurutnya Hepatitis B boleh dirawat menggunakan vaksin.

"Prevalen jangkitan Hepatitis C di Malaysia adalah 2.3 peratus daripada penduduk dewasa atau kira-kira 300,000 orang," katanya.

Dr Hilmi berkata kedua-dua virus Hepatitis itu menjangkiti individu melalui pemindahan darah atau organ tidak selamat, perkongsian picagari dan jarum untuk suntikan serta penggunaan alat perubatan yang tidak dibersihkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai membuat pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu.

Virus Hepatitis A,B,C,D dan E menyerang hati dan boleh menyebabkan keradangan dan kegagalan organ berkenaan. - Bernama

p/s:Alternatif untuk mencegah pelbagai penyakit anda disarankan menggunakan produk-produk yang berasaskan Cordyceps yang terbukti berkesan mencegah penyakit.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: