#NILAI~Kejatuhan nilai Rupiah ,tempe dan tauhu turut terjejas

GAMBAR hiasan, seorang pengusaha membuat tauhu.

Jakarta: Kejatuhan nilai rupiah yang kini mencecah paras Rp14,000 bagi AS$1 mula menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga di Indonesia.

Bukan sahaja perusahaan besar, tetapi peniaga kecil juga mula terasa kesan kejatuhan rupiah, termasuk pengeluar tempe dan tauhu.

Ketua Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia, Sarman Simanjorang berkata, pengeluar tauhu dan tempe mula berasa bimbang kerana bahan utama barangan itu, kacang soya diimport dari luar negara.

“Kacang soya adalah bahan utama pengusaha tempe dan tauhu dan kejatuhan rupiah memberi tamparan kepada mereka.

“Kejatuhan rupiah menyebabkan harga kacang soya melonjak,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga kacang soya itu secara tidak langsung mempengaruhi pengeluaran tauhu dan tempe.

“Kenaikan harga kacang soya ini diburukkan lagi dengan kuasa pembeli yang semakin menurun akibat kelembapan ekonomi,” jelasnya.

Bagi menangani masalah itu, Sarman memberi cadangan kepada kerajaan supaya memudahkan syarat memberi pinjaman kepada pengeluar berkenaan.

“Perusahaan kecil adalah kekuatan ekonomi negara seperti ketika krisis ekonomi pada 2008 apabila banyak syarikat besar tumbang tetapi perusahaan kecil terus bertahan,” katanya.

Menurutnya, permintaan kacang soya pada tahun ini berjumlah 2.5 juta tan tetapi pada 2014 Indonesia hanya mengeluarkan sebanyak 1.2 juta tan bahan itu.

Ini menyebabkan pengeluar tempe dan tauhu terpaksa mengimport 62 peratus hingga 70 peratus kacang soya untuk kegunaan mereka.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: