#INFO~Perkhidmatan Bas Henti-Henti Sekitar Negeri Perlis (My Bas)

Perkhidmatan bas henti-henti sekitar Negeri Perlis (My Bas). Wah. ini suatu perkhabaran yang sangat mengembirakan bagi penduduk negeri Perlis, terutama sekali buat pelajar sekolah asrama penuh dan warga penduduk sekitar yang mahu datang ke pusat bandar.


Perkhidmatan Bas Henti-Henti Sekitar Negeri Perlis (My Bas)

Perkhidmatan ini telah bermula pada 1 Ogos 2015 dan telah dirasmikan oleh Datuk Ahmad Sabri. Setelah sekian lama perkhidmatan henti-henti tidak beroperasi, tetapi dengan rasminya bermula bulan ini, perkhimatan My Bas akan terus bergerak setiap hari mengikut jam yang ditetapkan walaupun tiada penumpang.

Sebanyak 24 bas digunakan dalam perkhimatan bas henti-henti yang dikendalikan oleh Syarikat Mara Liner dengan nama "My Bas" berbanding nama yang digunakan dahulu "Mara Liner".

Tumpuan utama perkhidmatan ini adalah bagi menghubungkan kawasan luar bandar ke bandar. Terdahulu laluan Behor Pulai menghala ke Guar Syed Alwi tidak mempunyai perkhidmatan bas, ini menyukarkan pelajar sekolah asrama penuh dan pelajar Institut Latihan Perindustrian yang tiada kenderakan untuk datang ke bandar. Dengan adanya perkhidmatan bas ini mereka tidak perlu lagi menelefon teksi sewa dengan caj yang tinggi untuk ke bandar.

Laluan My Bas Sekitar Negeri Perlis

Saya difahamkan ada beberapa buah My Bas disediakan untuk laluan ini. Laluan dan hentian yang terlibat adalah laluan utama dan juga laluan pengantaran :

Laluan Utama

*KTM Arau
*Padang Besar
*Kangar - Beseri - Arau
*Kangar - Kuala Sanglang - Ayer Hitam
*Kangar - Kuala Perlis - Kg Wai

Laluan Pengantaraan

*Kangar - Kg Pangau - Kangar
*Arau - Pauh Putra - Felda Chuping
*Felda Chuping - Gua Nangka - Pauh - Jelempok - Arau
*Beseri - Kg Jejawi - Beseri
*Beseri - Mata Ayer - UITM Arau - Arau
*Kilang Gula - Bukit Keteri - Arau
*Arau - Kuala Sungai Baru
*Kaki Bukit - Wang Kelian
*Bukit Lagi - Seriab

Semoga dengan adanya perkhidmatan My Bas baru ini dapat memudahkan penduduk sekitar Negeri Perlis untuk datang ke Pekan Kangar. Sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada hari cuti umum.

Credit:bakul2011.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: