#REALITI~Nenek 65 tahun lahirkan anak kembar empat

BERLIN: Seorang nenek diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan bayi kembar empat di dunia pada usia 65 tahun, lapor Mail Online.

Annegret Raunigk bersama bayinya yang dilahirkan pramatang semasa kandungannya berusia enam bulan setengah, telah pun dibenarkan pulang selepas lebih tiga bulan ditahan di hospital.

Menurut doktor dari Jabatan Neonology Hospital Berlin Charite, anak kembar Raunigk yang dilahirkan melalui proses pembedahan, pada mulanya mengalami masalah berat badan tidak normal berbanding bayi biasa.

“Satu-satunya bayi perempuan kembar berkenaan iaitu Neeta memiliki berat badan 700 gram sahaja ketika dilahirkan dan terpaksa diletakkan di dalam inkubator.

“Namun, semuanya berjalan dengan lancar selepas Neeta bersama tiga abangnya iaitu Bence, Fjonn, dan Dries membesar dengan baik dan sihat dalam masa yang amat singkat,” kata Profesor Christoph Buhrer.

Tambah Buhrer, walaupun dibenarkan pulang ke rumah, kembar tersebut perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan mereka benar-benar sihat.

Pakar memberi amaran, jika kembar tersebut gagal membesar dengan baik mereka berkemungkinan besar bakal menghidap pelbagai jenis penyakit kronik seperti sakit jantung, usus serta komplikasi mata, dan otak.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: