#TERBAIK~Cristiano Ronaldo hadiahkan pulau kepada kawan

Salah sebuah pulau yang terletak di Greece.

BINTANG sensasi bola sepak, Christiano Ronaldo bertindak membeli dan menghadiahkan sebuah pulau sebagai hadiah perkahwinan kepada kawan karib dan orang kepercayaannya, Jorge Mendes.

Menurut laporan Yahoo Sports, Mendes, 49, yang juga agen kepada Ronaldo telah melangsungkan perkahwinannya Ahad lepas di Portugal.

Ronaldo menjadi pengapit dalam majlis tersebut.

Kedudukan sebenar dan harga belian pulau yang terletak di Greece tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Greece sebelum ini membuat keputusan untuk menjual beberapa pulaunya dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan yang melanda negara tersebut.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: