#VIRAL~‘Budu, durian, petai, ubi kayu rahsia bertenaga’ - Tok Pa

Paparan skrin Twitter Khairy Jamaluddin.

SHAH ALAM - "Makan budu, durian, petai dan ubi kayu," itu antara tweet mencuti hati yang dimuat naik oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkaitan rahsia kesihatannya.

"Tidak setanding orang muda, hanya makan banyak budu, durian, petai dan ubi kayu," tweet Mustapa.

Sebelum itu, Khairy Jamaluddin bertanyakan mengenai makanan yang dimakan oleh Mustapha yang menyebabkan dia masih bertenaga.

"@Mustapa_Mohamed Tok Pa (Mustapha Mohammed) laju sangat pagi tadi. Apa yang orang di Jeli makan?" tweet KJ di laman mikro Twitternya, hari ini.

Aksi kedua-dua menteri ini mendapat perhatian beberapa netizen.

"Umur hanyalah angka, DS Mustapa! Anda adalah individu yang jujur dan berintegriti," tulis Joshua Lopez Insan K pula berkata: “...di Rembau, kami makan gulai tempoyak masal lemak cili api.”

Tweet tersebut diulang tweet sebanyak 106 dan 91 kesukaan.

Mustapha dan Khairy menyertai Asean Unity Run di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: