#ISU 2.6B~Anina berhak saman Najib walaupun telah dipecat keahlian UMNO

Anina Saaduddin

ALOR SETAR - Bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin yang memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak berbuat demikian, sama ada masih bergelar ahli atau sebaliknya.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan Anina meneruskan kes saman dengan tetap membawanya ke mahkamah meskipun sudah dipecat adalah hak peribadi beliau.

“Saya difahamkan beliau akan teruskan kes ini sebagai ahli Umno atau tidak. Saya tidak lihat dengan gugurnya keahlian dia dalam parti, dia tak boleh teruskan tindakan mahkamah itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:#SENSASI~Wanita Umno saman Najib dipecat daripada parti?

Mukhriz berkata, tindakan Anina yang mengheret parti ke mahkamah mendedahkan risiko dirinya berdepan tindakan pemecatan keahlian kerana perkara itu termaktub dalam peruntukan Perlembagaan parti.

Sebelum ini, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof mengesahkan keahlian Anina gugur kerana membawa hal berkaitan parti ke mahkamah.

Surat pemecatan keahlian yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan sudah dihantar kepada Anina.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: