#NASIHAT~'Jangan ambil rasuah, elak ditimpa bala' -DUKE

Mohammad Kazim Elias

PUTRAJAYA - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengingatkan umat Islam agar menghindari amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan negara.‎

Katanya dalam Islam sendiri amalan tersebut telah diharamkan, jadi adalah wajib untuk umat Islam menghindari daripada melakukan perbuatan tersebut.

‎"Jangan ambil rasuah, untuk elak bala," katanya ketika berceramah di Putrajaya malam ini.

Dalam pada itu, Mohd Kazim mengingatkan umat Islam agar tidak berpecah-belah kerana Islam sama sekali menegah perlakuan itu.

"Ada masalah balik semula kepada al-Quran dan Hadis, bincang elok-elok...Jangan sampai berpecah.

"Buanglah ego, bersatulah semula," katanya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: