#PR1M~'Kemenangan ini kejutan khas untuk suami' - Noor Ayuni


KUALA LANGAT - “Ini kejutan khas untuk suami,” kata pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) Siri 25.8.2015 ketika ditemui Sinar Harian.

Noor Ayuni Abd Manap, 26, kakitangan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya, tidak menyangka rahsia yang disimpan selama dua bulan lalu membawa hasil apabila dia dimaklumkan berjaya memenangi peraduan itu oleh wakil Sinar Harian.

Selama ini dia merahsiakan penyertaannya dalam peraduan tersebut kerana bimbang diketawakan suami jika tidak menang.

“Tapi tak sangka pula saya bertuah. Nak tahu juga apa respons suami bila saya dapat wang tunai RM1,000 ini.

Noor Ayuni gembira menerima wang tunai RM1,000 selepas memenangi PR1M.

“Saya memang berminat nak tahu berita-berita dalam daerah. Sebelum ini tak ada pun peraduan macam ni. Tapi sejak dua bulan ini tergerak hati nak dapatkan semula Sinar Harian dan tak sangka percubaan 10 kali menjawab soalan akhirnya berjaya,” katanya yang berhasrat menggunakan sebahagian wang itu untuk persediaan menyambut Aidiladha minggu depan.

Baginya, RM1,000 adalah rezeki yang sukar digambarkan kerana wang tunai itu amat besar nilainya.

“Saya doa sangat akhbar ini terus dapat sambutan rakyat terutamanya golongan muda seperti saya.

“Tipulah dalam sehari tak buka internet untuk tahu berita-berita terkini, tapi kalau beli surat khabar mungkin lebih lagi rezeki yang kita dapat,” katanya yang bakal meraikan Aidiladha bersama suaminya, Mohd Fariz Samsudin, 26, di Bukit Gambir Muar, Johor.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: