#SENSASI~Wanita Umno saman Najib dipecat daripada parti?

Video ucapan Anina yang menjadi viral di media sosial.

SHAH ALAM - Selepas menfailkan saman terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, kini viral di media sosial, surat pemecatan Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin.

Dalam surat pemecatan itu, Anina dimaklumkan bahawa beliau dipecat berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno.

"Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Umno memutuskan bahawa keahlian saudari di dalam parti telah gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan saudari membawa perkara parti ke mahkamah," petik kenyataan surat tersebut.

Terdahulu Anina pada Jumaat lepas mengejutkan ramai pihak apabila tampil memfailkan saman terhadap Najib berkenaan isu 'derma' RM2.6 bilion.

Beliau sebelum itu pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi melepaskan kemarahannya terhadap Najib, serta mendakwa Najib menipu ahli Umno.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: