#VIRAL~Tawaf guna teknologi terkini cetus kontroversi

Sedutan video menunjukkan seorang jemaah lelaki melakukan tawaf dengan bantuan teknologi

MANAMA - BAHRAIN. Video seorang jemaah lelaki yang bertawaf di Kaabah menggunakan peranti beroda 'smart balance wheels' menyebabkan ramai pihak meminta penjelasan mengenai hal berkenaan.

Menurut Gulf News, aksi tawaf berkenaan yang sebahagian dari Rukun Umrah dan Haji menjadi viral di laman sosial.

Lelaki tersebut yang kelihatan sihat dan 'mampu' menyebabkan pelayar bertanyakan sama ada Islam membenarkan penggunaan peralatan seumpamanya ketika membuat pusingan tawaf.

Menurut seorang blogger dari Arab Saudi, lelaki tersebut sepatutnya berjalan kaki seperti Muslim yang lain jika dalam keadaan sihat.

Beliau juga menyeru supaya ahli agamawan mengeluarkan pendapat mengenai perkara berkenaan secepat mungkin.

"Pada pendapat saya ianya tidak patut dibenarkan kerana pengguna akan fokus kepada peralatan tersebut untuk mengimbangi pada, dan bukannya fokus kepada ALLAH SWT," kata penulis tersebut, Abdul Rahman.

Seorang lagi blogger, Abu Nawwas menganggap perkara tersebut akan menjadi trend apabila tiba musim haji dan umrah.

"Larangan patut dikenakan kerana orang ramai akan menggunakannya," kata Abu Nawas.

"Ada banyak kerusi roda (kepada jemaah yang tidak berupaya berjalan)," katanya lagi.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: