#ALFATIHAH~Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir meninggal dunia

SHAH ALAM – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Tropicana pada jam 6.40 pagi tadi.

Perkara itu dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Kadir, 86, berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dari 5 Julai 1991 hingga 16 Januari 1997.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan merupakan bekas Imam Besar Masjid Putra di Putrajaya.

Sebuah portal tempatan melaporkan solat jenazah bekas Allahyarham disertai oleh 200 jemaah di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, kira-kira 2.15 petang tadi.

Solat jenazah diimamkan oleh menantu Allahyarham, Ishak Abdul Rahman, 46, sebelum jenazahnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara untuk dikebumikan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada 3 petang.

Turut sama menunaikan solat jenazah adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: