#MACAM-MACAM~Wanita sanggup berbog el untuk paksa beli iPhone 6s

Sedutan video rakaman amatur yang tersebar di laman sosial

SEORANG wanita sanggup berbogel dalam usahanya memaksa teman lelaki membelikannya telefon pintar, iPhone 6s.

Melalui sebuah video rakaman amatur yang tersebar di laman sosial, wanita tersebut dilihat gagal meyakinkan teman lelakinya untuk membelikan telefon berkenaan.

Wanita kemudian mula menanggalkan pakaiannya sambil menjerit di hadapan puluhan orang awam.

Teman lelaki wanita berkenaan bagaimanapun tidak melayan permintaan wanita terbabit dan mula mengutip pakaiannya dan berlalu pergi.

Laporan Mirror UK mengatakan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kompleks membeli-belah di China.

Video tersebut juga dimuatnaik ke laman Youtube pada 20 September lepas dan menarik lebih 1 juta penonton.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: