#MAKSIAT~Servis GRO siang hari

14 gadis warga asing yang ditahan setelah taktik pemilik premis menukar waktu operasi seawal jam 3 petang bagi mengelak diserbu berjaya digagalkan pihak berkuasa.

IPOH - Sebuah pusat hiburan yang menyediakan pelayan pelanggan (GRO) seawal jam 3 petang diserbu pasukan polis, di sini, petang kelmarin.

Premis yang terletak di Jalan Leong Boon Swee itu mula menyediakan GRO seawal jam 3 petang sehingga jam 9 malam telah menjadi tumpuan pelanggan yang baharu pulang kerja.

Pusat hiburan itu pernah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa menyebabkan pemilik premis memilih menukar modus operandinya pada waktu petang.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, seramai 14 gadis warga asing yang sedang melayan pelanggan tergamam apabila premis kecil itu diserbu sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Perak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun masing-masing 8 warga Vietnam, China (5) dan seorang warga Thailand.

“Turut ditahan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun kerana disyaki menggaji kumpulan wanita terbabit bekerja sebagai GRO dengan menyalahgunakan permit yang ada,” katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: