#SENSASI~Kadar tol di beberapa lebuh raya naik mulai 15 Okt 2015

SHAH ALAM - Kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia akan dinaikan mulai 15 Oktober ini.

Menurut kenyataan daripada Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol tersebut akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

"Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini, sementara Lebuh Raya Silk yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen dan RM2.40, dan kenaikan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)," petik kenyataan itu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: