#TERKINI~Kenyataan akhbar KKM berkaitan ubat jenama Royce

Ulasan Keatas Produk Paracetamol Syrup 120mg/5ml Jenama Royce Yang Mengandungi Alkohol
Ekoran maklumat yang tersebar di media sosial mengenai produk tersebut di atas yang dibekalkan oleh beberapa fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak Kementerian ingin memberikan penjelasan.

Pihak KKM telah menetapkan spesifikasi bahawa produk paracetamol syrup 120mg/5ml yang dibekalkan adalah tidak mengandungi alkohol.  Penilaian yang dijalankan keatas sampel yang dikemukakan semasa tawaran dibuat  mendapati bahawa kandungan alkohol tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan produk. Justeru, tawaran telah diberikan kepada produk yang dikeluarkan oleh syarikat Royce Pharma Sdn Bhd untuk  membekalkan produk tersebut ke beberapa fasiliti KKM.

Namun begitu, siasatan lanjut mendapati bahawa produk tersebut sebenarnya didapati mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan. Syarikat telah didapati tidak mematuhi spesifikasi tawaran kerana gagal mematuhi pelabelan produk dan telah melanggar syarat pendaftaran. Pihak Kementerian telah mengarahkan agar syarikat memanggil balik semua produk yang tidak mematuhi syarat label daripada pasaran dan fasiliti yang terlibat.

Walaubagaimana pun, ingin dimaklumkan bahawa produk tersebut telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan yang dilaporkan.

Pengguna adalah dinasihatkan supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan. Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon atau emel seperti berikut untuk keterangan mengenai ubat-ubatan.

Tel : 1800886722
Emel :npcc@moh.gov.my

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: