#HEBAT KE?~Jawi Buru 'Ustaz Kasanova'

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang mengesan seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang ustaz kerana menipu 13 wanita melalui perkahwinan dan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Razis Ismail yang juga dikenali sebagai Ustaz Kasanova selepas dia gagal hadir ke jabatan itu untuk melanjutkan jaminannya.

"Kesalahan yang dilakukan oleh suspek ialah berkahwin tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

"Kebanyakan daripada perkahwinan dan perceraiannya tidak didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Paimuzi berkata modus operandi suspek adalah dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang guru agama untuk menipu mangsa.

"Dia mendakwa masih bujang dan dikenali sebagai Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi. Beliau menyasarkan pelajar wanita di institusi pengajian tinggi atau janda yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di 011-32961821 atau bahagian penguatkuasaan Jawi di talian bebas tol 1-800-88-1771.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: