#PENAFIAN~Radix nafi kopi campurannya ada racun

Radix Kopi Campuran keluaran HPA Industries Sdn Bhd.

Auta

NOTIS dari Kementerian Kesihatan memaklumkan produk Radix Kopi Campuran jenama HPA Industries Sdn Bhd dikesan mengandungi racun berjadual Sildenafil.

Pihak syarikat diarahkan memanggil balik produk berkenaan dalam tempoh 14 hari. Surat bertarikh 29 Oktober 2015 itu diviralkan pihak tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN - #GEMPAR~Kopi Radix "Mai Secawan" Dikesan Mengandungi Racun Berjadual?

Fakta

HPA Industries Sdn Bhd menafikan produk keluaran syarikat itu mengandungi racun seperti didakwa.

Pengurus Pengeluarannya, Zakaria Abu Bakar berkata, berdasarkan rekod syarikat, produk yang didakwa mengandungi racun adalah produk tiruan, berdasarkan nombor batch 15FH06/00286 MAY 2017, di mana ia bukan keluaran syarikat.

Pengguna dinasihatkan membeli produk daripada agen sah. Laporan polis berhubung perkara itu dibuat Jumaat lalu di Balai Polis Kangar.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: