#PRIHATIN~Murid tahun lima hidap kanser otak perlu bantuan

MARIANI ZAINI mengutamakan penjagaan rapi terhadap Nurain Mohd. Khairil yang menghidap kanser otak tahap empat di rumah mereka di Permatang Tinggi B, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini. UTUSAN/ANI AWANG

KEPALA BATAS 18 Nov. – Sepasang suami isteri di sini merayu orang ramai menghulurkan sumbangan bagi tujuan menampung kos pem­bedahan penyakit kanser yang dihidapi oleh anak tunggal mereka.

Muhammad Khairil Azmi, 37, dan Mariani Zaini, 32, menjelaskan, Nurain, 11, disahkan menghidap penyakit kanser otak tahap em­pat sejak Februari lalu dan kini mendapat rawatan di Hospital Pu­lau Pinang (HPP).

Penyakit itu dikesan selepas mu­rid tahun lima Sekolah Ke­bangsaan (SK) Paya Keladi ber­ke­naan tiba-tiba rebah dan peng­san.

Muhammad Khairil berkata, penyakit anaknya semakin teruk dan kini kepalanya dipenuhi ce­cair sekali gus memerlukan pembedahan segera.

Katanya, bagi mengelakkan komplikasi yang berpanjangan, anaknya telah menjalani em­pat pembedahan termasuk pem­bedahan membuang sebahagian tempurung kepalanya.

“Anak saya hilang selera makan serta sering lemah dan keadaan itu membataskan pergerakannya dan banyak menghabiskan masa di atas katil.

“Sebelum ini anak saya aktif da­lam sukan dan cemerlang da­lam pelajaran,” katanya ketika di­temui di Kampung Permatang Tinggi B, Paya Keladi, dekat sini baru-baru ini.

Muhammad Khairil hanya be­kerja sebagai pemandu bas Ra­pid Penang.

“Saya tidak pernah memohon sebarang bantuan kepada mana-mana tempat kerana tidak tahu cara untuk mendapatkannya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban ke­luarga ini boleh berbuat de­mi­kian dengan menyalurkan sum­­bangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mariani bernombor 0711141000016205.[Utusan Online]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: