#PROMOSI~Celcom tawar internet percuma hujung minggu

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) melancarkan pelan pascabayar terbaharu, First Blue dan First Gold yang menyediakan pengalaman hebat internet mudah alih bagi pelanggannya.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata Celcom adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi di negara ini yang menawarkan internet percuma ketika hujung minggu melalui kedua-dua pelan berkenaan.

"Celcom membawa pembaharuan ketara dan mempertingkatkan ciri First Blue dan First Gold untuk memenuhi keperluan perubahan digital yang sentiasa berubah dalam kalangan rakyat," katanya pada majlis pelancaran pelan baharu itu di sini, hari ini.

Pelan First Blue berharga RM45 sebulan manakala pelan First Gold pula berharga RM100 sebulan membolehkan pelanggan menikmati data internet 6GB dan 12GB pada setiap bulan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: