#SENSASI PANAS~Selepas Teluk Kemang Kini Sepang Pula Mahu PM Berundur

Rushdan (dua, kanan) mengetuai sidang media semalam.

Selepas 13 Umno cawangan Teluk Kemang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya Oktober lalu, semalam Umno Sepang pula tampil membuat perkara sama menentang kepimpinan parti.

Kumpulan yang disertai sembilan wakil dalam bahagian Sepang itu berkata, ahli Umno perlu mempertahankan parti keramat itu, bukannya individu tertentu.

Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Umno bukan milik peribadi Datuk Seri Najib, dan mereka berharap perkara yang membimbangkan sekarang diselesaikan segera sebelum Umno dan BN ditolak dalam PRU14 akan datang.

"Saya tak nampak hari ini apaila bersama akar umbi, bersama pengundi bahawa Umno dan BN akan dipilih sekali lagi.

"Jadi saya amat berharap dan merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Perdan Menteri dan seterusnya Presiden Umno, jika Datuk Seri sayangkan parti keramat ini, sudah sampai masanya kerana masa diberikan lama sekali untuk Datuk Seri selesaikan masalah," katanya dalam satu sidang media khas semalam.

Beliau yang juga bekas Pengarah War Room BN Sepang ketika PRU13 lalu menegaskan, terdapat lebih 20 cawangan dalam Sepang setuju dengan tindakan ini.

Dalam pada itu, Rushdan berkata beliau bersedia untuk dikenakan apa sahaja tindakan daripada partinya selepas keberaniannya mendesak Najib meletakkan jawatan.

"Saya berdiri pada dasar utamakan kepentingan parti, saya bersedia untuk dipecat disoal siasat dan sebagainya, saya ingat lagi kali pertama saya keluarkan kenyataan tentang "Rayuanku Pada Tuan Presiden' saya telah difitnah dengan begitu teruk oleh seseorang. Saya difitnah melarikan duit PRU13 balik buat rumah banglo di kampung.

"Saya difitnah kerana menentang Najib, dan kalau lihat balik tidak mustahil saya akan difitnah semula, jadi saya bersedia untuk apa sahaja tindakan oleh parti, saya hanya melakukan apa sahaja yang termampu, saya tidak mahu saya disoal oleh anak cucu saya esok apa yang saya lakukan untuk mempertahankan Umno kerana mempertahankan pemimpin yang tidak betul," katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: