#TAHNIAH~Terengganu cipta sejarah UPSR 2015

PENGERUSI Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib (tengah) bersama Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, (kanan), dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Matsor Ismail, (kiri) mengumunkan keputusan UPSR bagi negeri Terengganu seramai 2,558 daripada 20,121 calon UPSR 2015 mendapat 5A/7A di Terengganu. - Foto Rozainah Zakaria

KUALA TERENGGANU: Seramai 2,558 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini memperoleh keputusan 5 dan 7A.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata, pencapaian keseluruhan gred purata negeri meningkat sebanyak sebanyak 2.10 mata atau 0.05 peratus berbanding 2.15 mata tahun 2014.

Katanya, dengan peningkatan itu, Terengganu mencipta sejarah pertama mencapai gred itu.

"Jurang keputusan peperiksaan UPSR antara sekolah dalam bandar dan luar bandar ialah sebanyak 0.13 peratus.

"Keputusan dicapai sekolah dalam bandar sebanyak 2.05 peratus manakala gred purata sekolah luar bandar adalah 2.18 peratus," katanya pada sidang media di Jabatan Pendidikan negeri, di sini.

Beliau berkata, dua calon berkeperluan khas (CBK) iaitu Nurqyesha Uzmahanim Zulmahadi daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Maras dan Muhammad Ikhwan Hadi Iziludin dari SK Kerteh memperoleh keputusan 5A.[BH Online]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: