#VIRAL~'Mokbiey' direman empat hari

Sedutan video yang viral.

KOTA BHARU - Suspek utama kes rakaman video viral, 'Mokbiey' yang dipercayai membelasah seorang wanita, Oktober lalu, dikenakan reman empat hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu, sebentar tadi.

Perintah terhadap wanita berusia 20-an itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad.

Suspek ditahan polis di kawasan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5.30 petang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan penahanan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera," katanya.

Sebelum ini, rakaman video seorang wanita 22 tahun yang dibelasah tiga wanita menjadi viral di laman sosial yang dikatakan berpunca daripada perebutan bekas suami serta tunang suspek yang terlibat selain dakwaan membabitkan kecurian barang kemas.

Pada 29 Oktober lalu, suspek utama, seorang jurujual kosmetik atas talian, Nurul Atikah Hanafi, 27, atau Ika mengaku tidak bersalah di Mahkamah sama atas dua pertuduhan mencederakan dan mencabul kehormatan mangsa dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab, di sini, pada jam 10 pagi, 15 Oktober lalu.

Tertuduh kemudian dibebaskan selepas menjelaskan jaminan RM7,000.

Dalam sidang media Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada 1 November lalu, Nija dan Mokbiey diburu bagi membantu siasat kes sama.

Nija ditahan pada 15 November lalu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: