#VIRAL~Mokbiey mengaku tidak salah pertuduhan belasah wanita

Putri Nur Sasha Shamirla Zamri, 22, (kiri) selepas dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Suspek utama kes rakaman video viral, Mokbiey yang didakwa membelasah seorang wanita hingga menjadi viral, Oktober lalu, mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu, sebentar tadi.

Tertuduh yang juga ibu tunggal, Putri Nur Shasha Shamrila Zamri, 22, menafikan kedua-dua tuduhan iaitu mencederakan dan mencabul mangsa yang dikenali sebagai Nila, 24.

Tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang sudah dituduh melakukan kesalahan itu di Wakaf Mek Zainab, di sini, pada jam 10 pagi, 15 Oktober lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Disember depan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: