#HOT~Mufti Perlis Dakwa ‘Diserang’ Puak Syiah

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menuduh pihak yang mendakwa beliau bersekongkol dengan kumpulan bekas penjawat awam G25 adalah golongan Syiah Saqqaf dan Ahbash.

Katanya, beliau tidak pernah menyokong kumpulan berkenaan malah pernah mengkritik kumpulan tersebut dalam beberapa isu termasuk sikap tidak profesional mereka.

“Golongan Syiah Saqqaf dan Ahbash menyebarkan kononnya saya menyokong G25. Itu tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Asri bagaimanapun mengakui beliau pernah menyatakan tiada mana-mana pihak boleh mengintip privasi orang lain dalam melakukan maksiat peribadi.

Katanya, perlu ada garis panduan yang kemas dan patuh prinsip syariah dalam operasi mencegah zina termasuk menjaga dosa tertutup yang dilakukan mana-mana pihak.

“Perbuatan mengupah intipan ataupun membawa wartawan adalah menyanggahi syariat.

“Saya tulis artikel mengenai hal itu sejak 2008. Pihak Ahbash sengaja mewujudkan pembohongan dan pihak G25 salah andaian,” katanya. – Mynewshub.cc

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: