#MACAM-MACAM~Potong kemaluan sendiri kerana kekasih

Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki memotong alat kemaluannya sendiri.

MERSIN - TURKI. Seorang penjaja makanan bertindak memotong kemaluannya sendiri selepas bertengkar dengan teman wanitanya melalui telefon.

Melalui rakaman CCTV, seorang lelaki berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai HB memotong alat sulitnya dengan pisau pencukur di sebuah jalan di daerah Yansehir, Mersin.

Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan memotong alat sulitnya dengan pisau pencukur sehingga terputus selepas bertekak dengan kekasihnya melalui telefon.

Polis peronda dan pejalan kaki yang berada di lokasi kejadian turut cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan.

Memetik Mirror.uk, lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Universiti Fakulti Perubatan Mersin dan berjaya mencantumkan semula alat sulit lelaki tersebut namun menurut doktor yang merawatnya, bahagian sulit lelaki berkenaan rosak teruk dan berkemungkinan tidak dapat diselamatkan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: