#SENSASI~Kadar tol Plus mungkin naik 5 peratus tahun depan

Noorizah Abd Hamid

JERLUN - Kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) mungkin dinaikkan sekurang-kurangnya lima peratus pada tahun hadapan.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, ia wajar kerana kos tanggungan yang semakin meningkat.

“Kenaikan itu bergantung kepada kerajaan sebab ia masih belum diputuskan sama ada berlaku kenaikan atau tidak.

“Tetapi kalau ikut perjanjian konsesi, memang Plus sepatutnya menaikkan kadar tol.

Tapi kenaikan itu tidak banyak iaitu lima peratus sahaja atau bersamaan 0.68 sen perkilometer,” katanya selepas menghadiri penyerahan sumbangan awal persekolahan Plus kepada 1,000 murid tahun satu sesi 2016 di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di sini, hari ini.

Ia disempurnakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Abdul Razak Mat dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Ahmad Osman.

Menurutnya, kadar baharu itu bermakna pengguna perlu membayar tambahan 70 sen sahaja bagi perjalanan 100 kilometer berbanding sebelumnya.

“Plus tidak menaikan kadar tol sejak 2005. Selama ini, peningkatan kos terpaksa kita tanggung sendiri.

“Perbincangan juga melibatkan semua peringkat tapi keputusan muktamad bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian konsesi juga menganggarkan keperluan pada masa akan datang sebab kos semakin hari semakin meningkat.

“Berikutan peningkatan kos yang terpaksa kita tanggung, maka kenaikan itu memang perlu,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: