#VIRAL~Video Laporan Vape Meletop Adalah Palsu

Sedutan video yang tersebar dan bateri yang didakwa punca letupan

SEBUAH alatan yang meletup dalam sebuah video yang viral di laman sosial sejak kelmarin bukanlah rokok elektronik atau vape seperti yang disangka netizen.

Menerusi laman Facebook Sarikeians, punca letupan dikenalpasti sebagai sebuah bateri 'rechargeble'.

"Video yang mengatakan vape meletup di video tadi adalah sebenarnya berpunca daripada rechargable battery ini yang meletup dan bukannya Vape," tulis Sarikeians.

Video yang tersebar sejak 14 Disember lepas menunjukkan dua orang lelaki di sebuah kedai sebelum sebuah objek meletup dari dalam sebuah beg milik salah seorang lelaki tersebut.

"Video kejadian vape meletup di sebuah kedai. Sudah banyak kejadian vape meletup secara tiba-tiba. Mohon semua berhati-hati untuk elak jadi begini," kata sebuah laman Facebook yang menyebarkan video tersebut.

Kejadian letupan tersebut didakwa berlaku pada 12 Disember lepas di Sarikei, Sarawak.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: