#INFO AUTO~BMW Perkenal Lampu Hadapan Motorsikal Daripada Laser

FIRMA automotif ternama, BMW memperkenalkan teknologi terbaharunya, lampu hadapan laser untuk motosikal yang dikatakan mempunyai kadar kecerahan dua kali ganda daripada jenis lampu hadapan konvensional.

Teknologi yang dibawa daripada divisyen automobilnya itu sebenarnya telah membuat kemunculan pertama ke atas model motosikal konsep mereka, K1600GTL.

Menurut BMW, lampu laser itu mampu menghasilkan cahaya ‘pure white’ atau terang tulen dan boleh menjangkau penglihatan sehingga 600 meter, atau dua kali ganda jangkauan cahaya lampu konvensional.

Pengeluar kenderaan terkenal dari Jerman itu juga menyatakan bahawa lampu laser ini lebih kompak, kukuh dan yang penting ia maintenance free atau bebas penyelenggaraan menjadikan jangka hayatnya sangat panjang.

Sebelah kiri, kecerahan lampu konvensional dan perbezaan lampu laser teknologi BMW di sebelah kanan.

3 peringkat pencahayaan lampu hadapan K1600GTL.




Sinaran lampu dari sisi.


Teknologi ini asalnya telah diperkenalkan kepada kereta BMW model i8 dan 7 Seriesnya sebelum konsep ini diperkenalkan pula kepada motosikal.

BMW mengatakan K1600GTL merupakan model cubaan mereka untuk menguji kebolehlaksanaan teknologi lampu laser kerana ia masih terlalu mahal untuk dikeluarkan secara komersial.

Mereka juga berharap dengan teknologi baharu ini dapat menjimatkan kos pengeluaran mereka pada masa hadapan. -MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: